Latar Belakang Sekolah

SJK (T) JALAN PARIT IBRAHIM
Pengenalan
SJK(T) JALAN PAIRT IBRAHIM yang dipilih sebagai Sekolah Rintis kepada pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti adalah Sekolah Harian Biasa.

Latar Belakang SJK (T) JALAN PARIT IBRAHIM
Pendahuluan
            Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Parit Ibrahim, Pontian adalah satu-satunya sekolah aliran Bahasa Tamil di Daerah Pontian. Sekolah ini terletak di Jalan Parit Ibrahim, Pontian.
Seramai sebelas (11) orang Guru termasuk seorang Guru Besar dan tujuh (7) orang kakitangan sokongan sedang berkhidmat di sekolah ini. Bilangan pelajar sekolah ini adalah seramai 63 orang (sehingga bulan Mac 2012).
            Sekolah ini beradadalam kategori Sekolah Kurang Murid (SKM) dan berstatus Sekolah Bantuan Modal.

Sejarah Penubuhan SJK (T) JALAN PARIT IBRAHIM
            Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1939. Penubuhan sekolah ini telah diusahakan oleh orang awam di Daerah Pontian. Pada awalnya sekolah ini diuruskan oleh Persatuan India Pontian.
            Pada asalnya sekolah ini beroperasi di No. 469, Jalan Alsagoff, Pontian. Pada masa tersebut bangunan ini diperbuat daripada papan. Sekolah ini telah beroperasi di alamat tersebut di atas sehingga 31 Disember 1971.

No comments:

Post a Comment